1. Syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan hidayah-Nya kita dapat bersama-sama berkumpul di majlis yang bermakna ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli jawatankuasa Pelaksana bagi Pesta Buku Negeri Selangor 2009.
Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan [...]
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPAS kerana mengundang saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis sepetang bersama media pada hari ini. Pesta Buku Selangor ini merupakan program tahunan dan telah dianjurkan semenjak tahun 2007 oleh PPAS dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor dan kerjasama erat agensi-agensi Kerajaan yang lain.
1. [...]
Pihak penganjur Pesta Buku Negeri Selangor 2009 meletakkan sasaran pengunjung yang melebihi jumlah pengunjung tahun lepas. Berdasarkan statistik kehadiran pengunjung tahun 2006 sebanyak 50,000 orang, tahun 2007 sebanyak 93,000 orang dan yang terakhir pada 2008 adalah seramai 262,370 orang pengunjung.
Pada tahun ini, Pesta Buku Negeri Selangor 2009 mensasarkan seramai 400,000 orang pengunjung. Dengan jumlah gerai [...]
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menganjurkan PESTA BUKU SELANGOR 2009. Ia merupakan program tahunan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Pelaksanaan Pesta Buku ini adalah dengan kerjasama Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta, NGO dan kerjasama Media. Diantara yang terlibat ialah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS), Jabatan [...]





