Majlis Pelancaran Kumpulan Cerpen Bahasa Melayu Rudra Avatara 26 Julai 2008

Jul ’08
26
5:01 pm

Pihak Kumpulan Sasterawan Kavyan menganjurkan program pelancaran Kumpulan Cerpen Bahasa Melayu Rudra Avatara tulisan pengarang Uthaya Shankar SB. Ia dilancarkan oleh Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said. Butiran lengkap program adalah seperti berikut :

  • Tarikh : 26 Julai 2008 (Sabtu)
  • Masa : 5 petang hingga 6 petang
  • Tempat : Pentas Aktiviti, Kompleks PKNS, Shah Alam

Aturcara Majlis :

5.00 petang

  • Ketibaan Tetamu Undangan
  • Pengedaran Borang Tempahan Buku
  • Ketibaan Wakil Media
  • Ketibaan Datuk N. Marimuthu
  • Ketibaan SN Datuk A. Samad Said
  • Penyerahan Borang Tempahan & Bayaran kepada Jawatankuasa

5:30 tengah hari

  • Ucapan Pengacara Majlis
  • Ucapan Alu-aluan Datuk N. Marimuthu (Presiden Fomca)
  • Ucapan Pelancaran SN Datuk A. Samad Said
  • Gimik Pelancaran

6:00 petang

  • Penyampaian Buku oleh SN Datuk A. Samad Said dan Datuk N. Marimuthu kepada Individu yang membuat Tempahan Awal
  • Penyampaian Cenderamata kepada Encik Thomas Iruthayam
  • Penyampaian Cenderamata kepada Datuk N. Marimuthu
  • Penyampaian Cenderamata kepada SN Datuk A. Samad Said

6:30 petang

  • Sesi Fotografi
  • Sidang Media bersama SN Datuk A. Samad Said, Datuk N. Marimuthu dan Uthaya Sankar SB

Pihak penganjur menjemput para hadirin dan pelawat Pesta Buku Selangor 2008 bagi memeriahkan majlis ini. Tuan Puan digalakkan memakai pakaian etnik masing-masing. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web khasnya (Sila klik di sini)

Tags: ,

Leave a Reply

Best Wordpress Themes