Mengenai Kami
LATAR BELAKANG
Kejayaan Penganjuran Pesta Buku Negeri Selangor yang pertama kali diadakan pada tahun 2006 memberi impak kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor untuk meneruskan program ini bersama Kerajaan Negeri Selangor dengan sokongan rakan-rakan agensi yang lain secara berterusan.
Pesta buku ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dengan lebih dari 50,000 pengunjung.
OBJEKTIF
- Memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan berkualiti tinggi serta terkini;
- Meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca;
- Memaju dan menggalakkan penerbitan serta perusahaan buku di negeri ini;
- Meneruskan rangkaian harmoni di kalangan golongan iktisas yang berkait rapat dengan penerbitan dan pembangunan buku;
- Mengenalpasti pelbagai inisiatif baru media pembelajaran, dan bacaan yang sesuai untuk semua golongan masyarakat maupun institusi; dan
- Memberi perhatian kepada penerbitan buku-buku yang mengandungi sistem peradaban, nilai dan budaya Malaysia. Oleh yang demikian, perkembangan penerbitan buku-buku tempatan akan dapat mencapai hasrat dan wawasan kerajaan untuk mewujudkan generasi berilmu yang maju melalui pembacaan.
RASIONAL
- Menyambut seruan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia) supaya setiap negeri mengadakan Pesta Buku negeri masing-masing, sekaligus menjadikannya kesinambungan kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
- Menjadi salah satu agenda utama dari program Gerakan Membaca peringkat negeri.
- Memberi peluang dan perhatian kepada penerbitan buku-buku tempatan.
- Mengisi minda generasi muda serta keluarga dengan membentuk citarasa dan nilai mereka terhadap bahan yang dibaca di samping memperkukuhkan budaya ilmu di dalam keluarga.
- Menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa.
- Pesta buku seperti ini akan dapat memberi indicator kepada penerbit dan industri buku khususnya, serta pengguna dan pembaca amnya, dalam mengenalpasti keperluan, bidang atau jenis buku yang perlu diterbitkan.
- Hubungkait yang kuat di antara perkembangan buku dengan dunia pendidikan.
BENTUK PAMERAN
- Pameran adalah berbentuk retail. Pengunjung datang membeli buku pilihan mereka. Seperti pesta-pesta buku lain, Pustakawan boleh membuat pesanan.
- Jualan hakcipta juga boleh dibuat secara tidak langsung dan ini sememangnya amat digalakkan.
- Jualan hakcipta amat diperlukan untuk menyokong perkembangan dan kemajuan pembangunan buku-buku tempatan.
- Mempamerkan buku-buku hasil pemenang anugerah di peringkat kebangsaan / antarabangsa atau best seller.
CADANGAN AKTIVITI SAMPINGAN
- Pelbagai pertandingan seperti peraduan mewarna, melukis dan bercerita (penyertaan sekolah-sekolah).
- Pelancaran buku
- Bersama ilustrator
- Sesi bersama penulis terkenal
- Kempen keahlian perpustakaan
- Aktiviti dari Perpustakaan Awam Negeri – jemputan
- Promosi keahlian Majlis Buku Kanak-Kanak & Remaja Malaysia (MBBY).
NATIJAH
- Terus menghidupkan dan memberi sokongan kepada industri penerbitan buku.
- Menggalakkan perkembangan penyelidikan dalam keperluan bahan bacaan untuk komuniti.
- Melaksanakan dasar dan saranan yang terkandung di dalam Dasar Buku Negara.
- Secara tidak langsung, menarik kedatangan pelancong dan menjadi daya tarikan bagi industri perhotelan dan outlet perniagaan.
- Memberi peluang kepada warga Lembah Klang dan kawasan sekitarnya meneroka bahan-bahan bacaan terkini.
- Mewujudkan rangkaian yang sihat sebagai tempat pertemuan penerbit, penulis, pustakawan, pendidik para ilmuan berkumpul.

