Pesta Buku Selangor 2008, 25 Julai hingga 3 Ogos 2008

Jul ’08Aug
253

Pada tahun ini, Pesta Buku Selangor 2008 bakal diadakan pada 25 Julai hingga 3 Ogos 2008. Sebanyak 100 gerai daripada para penerbit dan pengedar buku terkenal negara berkampung di Kompleks PKNS, Shah Alam.  Temasya satu tahun satu kali ini adalah lebih hebat daripada tahun sebelumnya. Pelbagai program menarik bakal diadakan.

Jangan lepaskan peluang bagi memeriahkan Pesta Buku Selangor 2008

8 Responses to “Pesta Buku Selangor 2008, 25 Julai hingga 3 Ogos 2008”

  • Web Sutera says:

    Menarik. Insyaallah akan dikunjungi.

    [Reply]

  • Pn Chua says:

    Boleh tak buku-buku dibeli dengan LO sekolah?

    [Reply]

  • assalamaualaikum dan salam sejahtera..

    Kami Al Azhar Media penerbit Kamus Moden Al-Miftah; Arab-Arab-Melayu-Inggeris ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang penyewaan gerai sempena Pesta Buku Selangor 2008. Dengan harapan, bantuan dan sokongan dari pihak penganjur.

    sekian, terima kasih

    [Reply]

  • Sasterawan Negara Datuk (Dr) A. Samad Said (Penasihat Agung Kavyan) akan melancarkan Kumpulan Cerpen Bahasa Malaysia Rudra Avatara (Uthaya Sankar SB, 2008) pada 26 Julai 2008 (Sabtu) di Kompleks PKNS, Shah Alam sempena Pesta Buku Selangor.

    Datuk A. Samad Said juga akan menghadiri dua lagi aktiviti anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sempena Pesta Buku Selangor iaitu Baca Cerpen A. Samad Said pada 25 Julai 2008 dan Baca Puisi Rindu Ibu pada 1 Ogos 2008.

    Masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur yang berminat boleh menyertai aktiviti sastera berkenaan selepas melayari laman sesawang http://www.kavyan.cjb.net untuk mendapatkan maklumat lengkap.

    [Reply]

  • admin says:

    Buat pengetahuan Puan Chua, buku boleh dibeli menggunakan LO di gerai-gerai terpilih. Puan boleh terus bertanya dengan penjaga gerai di sana

    En. Nazri, Tuan boleh terus hubungi kepada pihak penganjur di talian 0122221475, bercakap dengan Puan Suzlina.

    [Reply]

  • hafiz says:

    Kemudahan parking bagaimana?berapa bayarannya.

    [Reply]

  • Faizah Hanis says:

    Assalamualaikum,

    I have a few questions.
    At what time the booths will be opened to public(daily)? And close at what time? Is there any specific tentative regarding this book fair?

    * If it’s possible, can you reply this message to my email?

    Syukran.

    [Reply]

  • ziana jamil says:

    adakah pesta buku akan diadakan di klang pada tahun 2009?
    bila diadakan?
    jam berapa?
    tempat dimana?

    [Reply]

  • Leave a Reply

    Best Wordpress Themes