Hari ini bermulalah Pesta Buku Selangor 2008. Seribu satu kemeriahan dihidangkan kepada semua pencinta buku dan penggemar buku. Pelbagai buku daripada pelbagai penerbit terkenal dipamerkan sepanjang hari dari 25 Julai hingga 5 Ogos 2008, bermula jam 10 pagi hingga 9 malam.
Banyak aktiviti menarik disediakan, antaranya :
- Pertandingan mewarna
- Membaca cerpen
- Diskusi buku pakar-pakar motivasi
- Bercerita dengan Abang Adi
- Pameran PEKOMIK
- dan banyak lagi.
Mari sama-sama meriahkan Pesta Buku Selangor 2008.

