Category: Aktiviti

Pesta Buku Selangor 2010

PESTA BUKU SELANGOR 2010

Tempat :       KompLeks PKNS, Shah ALam

Tarikh   :       25Jun-5JuLai 2010 (11 hani)

Jam        :       10 pagi – 9 maLam

Klik sini untuk Jadual Aktiviti

1.0 Pengenalan

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) akan menganjurkan PESTA BUKU SELANGOR 2010.

Ia merupakan program tahunan dan pelaksanaan Pesta Buku ini adalah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTP), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor FM, PTS Millennia, Karangkraf, Sinar Harian, Selangor fm, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Swasta, NGO dan pihak Media.
2.0 Latar Belakang Penganjuran

Berikut adalah maklumat berkaitan kejayaan penganjran Pesta Buku Selangor dari tahun 2006 sehingga tahun 2009:

Perkara Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008 Tahun 2009
Tarikh 25 Julai -31 Julai 26 Julai – 1
Ogos
25 Julai – 3
Ogos
24 Julai – 3
Ogos
Tempat Kompleks PKNS Kompleks PKNS Kompleks PKNS Kompleks PKNS
Pempamer 40 50 59 64
Gerai/Booth 60 80 106 114
Pengunjung 50,000 93,000 262,370 390,961
(Sasaran
300,000)

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada komuniti untuk memilih dan memperolehi bahan bacaan berkualiti tinggi serta terkini;

3.2 Meneruskan usaha-usaha merangsang dan mempromosikan budaya membaca;

3.3 Memaju dan menggalakkan penerbitan serta perusahaan buku di negeri ini;

3.4 Meneruskan rangkaian harmoni di kalangan golongan iktisas yang berkait rapat dengan penerbitan dan pembangunan buku;

3.5 Mengenalpasti pelbagai inisiatif baru media pembelajaran, dan bacaan yang sesuai untuk semua golongan masyarakat maupun institusi; dan

3.6 Memberi perhatian kepada penerbitan buku-buku yang mengandungi sistem peradaban, nilai dan budaya Malaysia. Oleh yang demikian, perkembangan penerbitan buku-buku tempatan akan dapat mencapai hasrat dan wawasan kerajaan untuk mewujudkan generasi berilmu yang maju melalui pembacaan.

4.0 RASIONAL

4.1 Menjadi salah satu agenda utama dari program Gerakan Membaca Peringkat Negeri

4.2 Meneruskan usaha untuk menjadikan Pesta Buku Negeri Selangor ini yang terbaik di Malaysia sekaligus menjadikannya kesinambungan kepada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

4.3 Memberi peluang dan ruang kepada penerbitan buku-buku tempatan.

4.4 Sambutan di luar jangkaan 4 tahun penganjuran serta maklumbalas tempahan penyertaan yang telah diterima meningkat dari semasa ke semasa.

4.5 Mengisi minda generasi muda serta keluarga dengan membentuk citarasa dan nilai mereka terhadap bahan yang dibaca di samping memperkukuhkan budaya ilmu di dalam keluarga.

4.6 Pesta buku seperti ini akan dapat memberi indicator kepada penerbit dan industri buku khususnya, serta pengguna dan pembaca amnya, dalam mengenalpasti keperluan, bidang atau jenis buku yang perlu diterbitkan.

4.7 Hubungkait yang kuat di antara perkembangan buku dengan dunia pendidikan.

5.0 PENGANJURAN PESTA BUKU SELANGOR 2010

Tarikh Tempat Jumlah
Gerai
(booth)
Jumlah
Pempamer
Sasaran
Pengunjung
Sasaran
Keahlian Baru
25Jun -
5Julai

(11      hari)

Kompleks
PKNS, Shah
Alam
114 55 400,000 2,500

6.0 PENYERTAAN PEMPAMER

Pesta Buku Selangor 2010 akan disertai oleh pelbagai penerbit dan pengedar buku yang akan mempamerkan pelbagai buku-buku terbitan dalam dan luar negara. Sebanyak 55 buah syarikat dijangkakan akan menyertai pameran ini dengan jumlah gerai 114 buah.

Sasaran pengunjung tahun ini adalah seramai 400,000 orang. Antara pempamer yang akan menyertai adalah Blue I Publication yang terkenal dengan Majalah Ana Muslim, Kohwai & Young, Moy Publications, Kualiti Books, PIS Publications, Kumpulan Karangkraf, Alaf 21, Ielaga Biru, Al-Hidayah, Dewan Bahasa & Pustaka dan lain-lain

Buku-buku yang akan dipamerkan termasuklah buku bacaan umum, buku rujukan pelajaran sekolah/universiti, buku cerita kanak-kanak dan dewasa, buku kreatif, ensiklopedia, novel dan majalah. Beberapa syarikat juga bersedia menawarkan diskaun istimewa kepada pengunjung, terutamanya pelajar.

7.0 CADANGAN AKTIVITI SAMPINGAN

Pelbagai aktiviti sampingan yang akan melibatkan semua kategori iaitu dewasa, remaja dan kanak-kanak akan diadakan dipentas aktiviti.

7.1 Aktiviti bersama Karangkraf, Upin & 1pin dan Knowledge Discovery (penerbit majalah)

7.2 Aktiviti Bersama ilustrator

7.3 Dailog dan Sesi bersama penulis buku terkenal

7.4 Kempen keahlian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

7.5 Aktiviti dari Perpustakaan Awam Negeri – jemputan

7.6 Baca Cerpen, Kuiz, Forum, Nasyid dan sebagainya

7.7 Persembahan Boneka PPAS

7.8 Pelbagai pertandingan seperti peraduan mewarna, melukis dan bercerita (penyertaan tabika dan sekolah-sekolah).

Pesta Buku Selangor 2010 merupakan kesempatan yang baik kepada seluruh penduduk Selangor mahupun negeri-negeri berhampiran untuk membawa keluarga dan anak-anak bagi mendapatkan bahan bacaan untuk seisi keluarga. Peluang istimewa yang menghimpunkan pelbagai buku di bawah satu bumbung dengan pelbagai aktiviti hanya berlangsung sekali setahun. Semoga kesempatan ini tidak dilepaskan dalam menanam minat membaca kepada keluarga dan anak-anak kita.

Masyarakat juga boleh mengetahui lebih lanjut berkenaan pesta buku ini melalui laman web www.ppas.org.my dan www.pestabukuselangor.com

Pertanyaan lanjut sila berhubung:-

(Urus setia: En. Sarwani – 03-55197667 sambungan 204 / 019-5672245 Program/Aktiviti: Pn. Suzliana -03-55197667 sambungan 128)

Best Wordpress Themes